Cute Little Boy Right
Tapi.......kerana "KECUAIAN"
Renungkanlah...
"Setibanya di sana, ummi dan ayah menunggu di muka pintu nurseri untuk mengambil `Ukasyah dengan perasaan penuh gembira. Masa yang lama untuk mengambil `Ukasyah membuatkan hati ayah tidak tenteram. Terdetik sesuatu yang buruk telah terjadi.
Semua pengasuh tidak mahu mengambil `Ukasyah dan kami dipanggil masuk ke dalam. Ummi terus meluru laju ke dalam bilik dan melihat anak kesayangan kami ini tertiarap dengan badannya dibedung. Tidak bernafas mahupun mempunyai nadi.
Ya Allah!! Hanya Dia yang mengetahui perasaan ummi ayah ketika itu.
Berulang-kali namamu `Ukasyah dipanggil dengan tangisan air mata. Dengan perasaan sedih dan sedikit kekuatan yang ada, ummi melakukan CPR untuk `Ukasyah tetapi terhalang dengan cecair dalam paru-parunya. Tubuh kecil ini diterbalikkan untuk mengeluarkan cecair tersebut tetapi hanya sedikit yang berjaya dikeluarkan. Cecair putih iaitu susu ummi bercampur sedikit darah.
Ayah menelefon ambulan untuk membawa `Ukasyah ke hospital tetapi dinasihatkan untuk membawa `Ukasyah dengan kenderaan sendiri kerana dikhuatiri lambat sampai ke hospital.
Dengan hati yang sedih dan pilu, kami memecut kereta ke hospital dan berharap `Ukasyah mampu diselamatkan. Berharap penyejuk mata ayah ini tersenyum kembali.
Sampai di wad kecemasan, `Ukasyah terus dimasukkan ke sana dan doktor bertungkus lumus melakukan prosedur yang sepatutnya. Ummi ayah terus berharap dan berdoa agar `Ukasyah mampu bernafas semula. Air mata ummi tidak berhenti mengalir dan kami berdoa dengan penuh pengharapan. Berharap segala yang terbaik buat kami berdua. Terbaik juga buat `Ukasyah tersayang.
6.30 petang. Doktor yang merawat `Ukasyah memanggil ummi ayah masuk ke wad kecemasan. Peluang untuk `Ukasyah diselamatkan hanyalah 50:50 dan ada suatu ketika denyut nadi `Ukasyah terlihat pada skrin tetapi tidak bertahan lama. Banyak susu yang dikeluarkan dari paru-paru anak tersayang ini dan masa satu jam diberikan untuk tubuh anak kecil bertindak balas dengan ubat yang disuntik.
Ummi ayah cuba bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi walaupun ia pahit untuk dihadapi.
Seandainya `Ukasyah mampu diselamatkan, maka kami sangat bersyukur pada yang Maha Berkuasa. Dan sekiranya ia menjadi detik perginya `Ukasyah, maka kami redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang dan ummi ayah hanyalah mampu memberikan yang terbaik buatmu.
7.00 malam. Ditakdirkan `Ukasyah meninggalkan ummi ayah di dunia ini selama-lamanya menuju ke sebaik-baik tempat kembali. Dijemput Allah yang lebih menyayangi dirimu yang tulus suci. Melebihi kasih sayang yang ummi ayah curahkan buatmu anakku.
Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambaNya yang terpilih dan ummi ayah telah menjadi insan yang dipilih. Memiliki anak yang telah pun memasuki syurga yang indah dan menunggu ummi ayah di pintu syurga dengan penuh kerinduan.
Ya Allah, pemudahkanlah kami memasuki syurgaMu nan indah dan pertemukan kami kembali dengan anak kesayangan kami `Ukasyah di dalam syurgaMu yang kekal abadi."
P/S : HANYA INGIN BERKONGSI CERITA....dari blog BUATMU 'UKASYAH
Aku baru mengikuti blog nie pada 9/12/2009, aku kagum dgn ketabahan mereka ini...
they are married student k....on that day aku baru bca yang ummi 'Ukasyah baru membeli pakaian bru utk 'Ukasyah but on few days later i got this news from another blog yg 'Ukasyah passed away...'Ukasyah pg mnghadapNYA pada 14/12/2009 pada usia 3 months++....Salam Takziah wat SAHABAT....
.اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيْعًا مُجَابًا
اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ
الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ آَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ
الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ
“Ya Allah! Jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala pendahulu dan simpanan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya. Ya Allah! Dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. Anak ini kumpulkan dengan orang-orang yang shalih dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmatMu dari siksaan Neraka Jahim. Berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia). Ya Allah, ampunilah pendahulu-pendahulu kami, anak-anak kami, dan orang-orang yang mendahului kami dalam keimanan”
(Al-Mughni, karya Ibnu Qudamah 3/416 dan Ad-Durusul Muhimmah li ‘Aammatil Ummah, oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz
No comments:
Post a Comment